17JUL/110
Artikel | Tutorial Photoshop berkenaan Custom Brush ini pernah ditulis di laman blog Fotografi perkahwinan saya di nasastudio.com/rebanfoto . Saya just copy and pasteajee....
‘Brush’ di dalam photoshop banyak juga saya dan mugkin juga anda gunakan untuk kerja-kerja editing. Di sini saya kongsi cara-cara untuk membuat preset brush yang mungkin akan memudahkan kerja-kerja editing kita nanti.

1. Buat satu kertas kerja baru dengan ukuran 2500 x 2500 pixel.
Brush hanya akan diterima dalam mode Grayscale, jika anda gunakan mode RGB etc. photoshop akan automatik convert ke grayscale semasa menyimpan preset nanti.

2. Buat brush seperti yang anda mahu, contoh saya seperti di atas adalah berbentuk logo/signature.

3. Setelah selesai membuat gambaran brush dikehendaki, pergi ke menu ‘ Edit ‘ dan klik pada‘Define Brush Preset'

4. Berikan nama untuk brush anda tadi dan klik ‘ OK ‘.

5. Untuk mengujinya, buka satu mana-mana foto anda, kemudian klik pada brush atau tekan huruf ‘ B ‘ pada keyboard,
kemudian klik kanan tetikus pada gambar anda dan pilih brush yang telah anda buat tadi.

6. Siap sudah~!! Sekiranya anda ingin menukar warna atau sebagainya, boleh menggunakanblending option.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan secebis ilmu ini.
Banyak lagi yang akan dikongsi,,, Sila tinggalkan komen anda atau emel ke info@nasastudio.com untuk sebarang pandangan dan cadangan. Terima kasih sebab mengunjungi blog ini.
Wassalam~
0 comments:
Post a Comment