gambar sebelum  gambar berikut
  • Foto
  • Foto
Panasonic Toughbook yang menjadi perintis industri dalam komputer genggam dan tablet tahan lasak sejak 1996, melancarkan komputer buku Panasonic CF-SX2 dengan ciri-ciri amat ringan untuk peniaga profesional yang sentiasa berada di luar pejabat. 

Dengan bateri boleh bertahan selama 14 jam, pemacu optikal DVD bina dalam, keupayaan sambungan 3G dan dengan berat hanya 1.21kg, Panasonic CF-SX2 menggabungkan fungsi dengan mudah alih. 
Bilangan golongan profesional yang perlu mengadakan mesyuarat serta bekerja di luar pejabat kian meningkat, menjadikan konsep mudah dibawa menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan perniagaan pada hari ini. 

Tingkat produktiviti

Gabungan teknologi komputer terkini dalam badan yang teguh, Panasonic CF-SX2 menawarkan penyelesaian berkesan dalam meningkatkan produktiviti perniagaan menerusi gabungan mudahalih serta kuasa yang seimbang dan sempurna.

Model ini juga menggunakan selongsang aloi magnesium yang ringan lagi teguh, mengurangkan berat keseluruhan sehingga 33 peratus. Unit ini juga dilengkapkan dengan pad sentuhan menatal bulat ergonomik yang boleh disesuaikan untuk memenuhi cita rasa setiap individu. 

Komputer ini menjalani ujian-jatuh dalam mod operasi dari ketinggian sehingga 76 sentimeter dan boleh menahan tekanan sehingga 100 kgf. Panasonic CF-SX2 mempunyai dua port USB 3.0 untuk pemindahan lebih cepat, port HDMI untuk output definisi tinggi yang mudah. 
Slot SDXC untuk pengembangan penyimpanan atau kemasukan memori mudah, webcam 720p dan mikrofon bina dalam dan Bluetooth 4.0 untuk mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan kerja secara mudah. Dengan adaptor WWAN binaan dalaman, Panasonic CF-SX2 membekalkan sambungan internet berterusan untuk memastikan produktiviti perniagaan yang konsisten. Setiap unit dilengkapkan dengan satu salinan Windows 7 Professional (versi 32-bit / 64-bit).

Info: PANASONIC CF-SX2
Pemproses: 3rd Generation Intel Core i5-3320M
Paparan: 12.1’’ HD+, 1600 x 900
Storan: 250GB
Pemacu Optikal DVD: Terbina dalam
Berat: 1.21kg (bateri 4 sel) / 1.42kg (bateri 8 sel)
Hayat Bateri: Sehingga 9 jam (bateri 4 sel) / Sehingga 14 jam (bateri 8 sel)
Dimensi: 295 x 197.5 x 25.4mm