26 August 2012

LAPORAN SSQS 27.8.2012 8.10 A.M (ISNIN)

Salam 1 Malaysia,
Berikut adalah status terkini penarafan SSQS bagi zon PKG Bandar Renggam 2012. Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya menyiapkan penarafan. Tahniah kepada semua sekolah zon PKG Renggam kerana semua telah berjaya mengambil tindakan mengisi SSQS dan pada hari ini bilangan yang mengisi 100% telah meningkat dari 13 sekolah kepada 18 sekolah berbanding laporan pada 15.8.2012. Bilangan sekolah yang mencapai capaian atas 50% juga turut meningkat dan hanya 3 sekolah sahaja yang masih diparas capaian 50% dan 4 sekolah masih pada capaian bawah 10%. Diharap 7 sekolah ini perlu bekerja lebih keras sebelum berlaku gangguan pada server SSQS ini. Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir penarafan SSQS adalah pada 9 September 2012Walaubagaimanapun, kami di pihak PKG amat berharap agar semua sekolah dapat melengkapkan penarafan SSQS selewat-lewatnya pada 3 September 2012 bagi mengelakkan kita menghadapi kesulitan dalam mengisi data pada minggu akhir sebelum tarikh tutup sebenar. Harap maklum. SILA RUJUK PAPARAN DI BAWAH BAGI MAKLUMAT LANJUT






0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews